NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 3

26 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

26 – 30 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 3. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 3 – Pembuatan Moctail dan kopi ini dapat memberikan pendedahan kepada pembuatan mocktail dan kopi secara asas. Peserta mempelajari teknik penyediaan mudah, pemilihan bahan, kombinasi perisa, hiasan minuman serta cara menghasilkan minuman yang menarik, sedap dan sesuai untuk hidangan harian atau jualan kecil.

NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 3 – Mobilegrafi iaitu seni mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Mobilegrafi dicirikan oleh kemudahan, pantas, mudah dikongsi serta sokongan aplikasi suntingan. Kelebihannya termasuk kos rendah, mobiliti tinggi dan kreativiti segera. Perbezaan utama dengan fotografi ialah mobilegrafi menggunakan telefon pintar, manakala fotografi tradisional menggunakan kamera khusus. Modul ini turut menyentuh jenis telefon pintar seperti Android dan iPhone, serta kepentingan spesifikasi kamera dalam menghasilkan imej berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali